Friday, March 7, 2014

KANSER SERVIK-GEJALA, PENCEGAHAN & RAWATAN

KANSER SERVIK-GEJALA, PENCEGAHAN & RAWATAN

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang melaporkan bahawa terdapat lebih daripada 700 wanita di Malaysia maut  akibat kanser serviks pada setiap tahun.

Punca sebenarnya juga agak masih menjadi misteri namun dari kajian saintis ,terjadinya prakanser dan kanser servik adalah disebabkan oleh jangkitan virus yang dinamakan Human Papilloma Virus ( HPV ).

Terdapat  lebih dari 100 jenis HPV  dan kajian menunjukkan 99.7% daripada kes-kes kanser servik mempunyai kaitan secara langsung dengan virus HPV jenis 16 dan 18 sementara  jenis 6 dan 11 pula dikaitkan dengan ketuat kelamin.


Secara umumnya, jangkitan HPV berlaku tanpa disedari.

Ia tidak menunjukkan sebarang simptom atau gejala klinikal dan akan sembuh dalam tempoh 9 hingga 12 bulan.
Walaubagaimanapun dianggarkan 20 peratus dari mereka yang dijangkiti akan mendapat jangkitan kronik HPV yang berlarutan melebihi tempoh 18 bulan.

Diatas sebab-sebab inilah maka ujian pap smear perlu dilakukan bagi mengesan sel luarbiasa yang dikenali sebagai ‘dysplasia’  sebelum sel kanser servik  mula membentuk dan mulai dikesan.

Realitinya pada masa dan saat ini hanya  ujian pap smear mampu mengesan sel luarbiasa ini dan keputusan rawatan juga akan bergantung kepada jenis sel kanser yang  berjaya dikesan.

Lazimnya kanser servik mengambil masa yang agak lama untuk membentuk dari bermula jangkitan sehingga menjadi prakanser adalah dianggarkan melebihi 5 tahun dan dari prakanser kepada kanser serviks akan mengambil masa sehingga 10 tahun atau lebih.

Cara HPV Berjangkit
Cara virus HPV berjangkit  terutamanya  adalah melalui hubungan seksual dan sentuhan antara kulit di kawasan genital.

Seseorang itu berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HPV sekiranya:-

1. Hubungan seksual bermula di awal remaja
2. Mempunyai pasangan seks yang ramai
3. Pernah dijangkiti penyakit-penyakit kelamin(STD)
4. Antara faktor sampingan (co factor)yang menyumbang kepada terjadinya kanser serviks selepas jangkitan HPV berlaku ialah antaranya merokok, kerap hamil, jangkitan HIV akibat sistem imuniti yang rendah dan jangkitan kelamin

ANTARA GEJALA YANG PERLU DI AWASI

Tidak semua gejala yang  saya sebutkan sebagai gejala yang perlu diawasi  ini memungkinkan kanser serviks disebabkan masih terdapat  lagi ruang untuk gejala yang sama dari jangkitan keputihan biasa seperti trikomonas,bacterial vaginosis (BV) atau candida albican umpamanya yang masih boleh dirawat dengan mudah .

Sikap tenang dan  tidak terburu-buru membebankan fikiran dengan sangkaan telah dijangkiti kanser servik sebelum melakukan ujian pap smear hanya akan merugikan diri dan emosi.










Antara tanda dan gejala yang perlu diawasi adalah seperti berikut:

1. Apabila mengalami perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
2. Berlaku perdarahan yang banyak dan yang berpanjangan
3. Berlaku perdarahan di antara 2 haid
4. Terdapat kehadiran darah beku




6. Sakit semasa melakukan hubungan seksual
7. Perdarahan dari vagina selepas putus haid
8. Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
9. Berbau atau bercampur darah
10. Vaksin Gardasil dan Cervarix


Berita baiknya ialah sejenis vaksin HPV telah dicipta oleh saintis yang berupaya untuk mencegah jangkitan terhadap virus HPV.

Vaksin HPV yang dinamakan Gardasil dan Cervarix telah diluluskan oleh FDA dan ratusan negara di seluruh dunia telah meluluskan penggunaan vaksin ini termasuk Malaysia.

Vaksin ini perlu diberi sebanyak 3 kali dalam masa 6 bulan kepada wanita seawal usia 9-26 tahun.

Suntikan vaksin ini akan meransang sistem pertahanan badan untuk menghasilkan antibodi terhadap virus HPV yang terkandung dalam vaksin tersebut.

Antibodi ini akan menghalang kemasukan atau jangkitan virus HPV ke atas wanita tersebut.

Kesan maksima daripada vaksin ini cuma akan diperolehi oleh wanita yang belum terdedah kepada hubungan seks.

Namun, seperkara yang perlu diingat walaupun vaksin ini berkesan mencegah jangkitan virus HPV yang menjadi punca kanser servik, kesan akhir terhadap pengurangan insiden kanser ini cuma akan dapat dilihat selepas 15-20 tahun program perlalian berjalan. Ujian saringan Pap Smear masih perlu dijalankan kerana vaksin ini cuma mencegah 70% daripada kanser servik.


Antara kaedah /saranan pencegahan

Pada hakikatnya, hanya dengan mengamalkan cara hidup yang sihat sebagaimana yang dituntut didalam Islam mungkin  dapat mengurangkan risiko untuk dijangkiti  kanser serviks

Berikut adalah antara beberapa kaedah /saranan yang boleh diamalkan sebagai agen pencegahan kanser serviks;

1. Menambahkan ilmu pengetahuan tentang prakanser dan kanser serviks
2. Menjalani ujian saringan pap smear
3. Mengamalkan gaya hidup yang sihat  seperti senaman dan pemakanan seimbang.
4. Pengambilan buah-buahan dan sayuran mengandungi banyak antioksida yang boleh  membantu  
    mencegah kanser.
5. Mengelakkan daripada tabiat merokok.
6. Mengamalkan hubungan seks yang sah dan sihat.
7. Jauhkan dari melakukan seks secara rambang atau dengan ramai pasangan Kaedah pelalian dengan       pengambilan vaksin HPV

Perkara asas kepada pencegahan adalah menjauhi amalan-amalan yang tidak sihat dan menjalani kehidupan selaras dengan tuntutan agama kerana itulah didalam Islam pencegahan lebih diutamakan  dari perawatan

Kita dituntut untuk berusaha melengkapkan diri dengan ilmu supaya mudah meresap tekanan yang bakal datang bersama simptom-simptom yang agak mengelirukan tentang kanser servik.

Namun kita juga dituntut untuk berusaha mengesan kehadiran mikro organisma yang ‘tidak diundang’ ini  dari dalam tubuh.

Mahu tidak mahu,suka tidak suka kita cuma ada satu pilihan sahaja untuk mengetahuinya iaitu dengan menjalani ujian PAP SMEAR.















========================================================================

Jadikanlah Kapsul B17 sebagai amalan anda setiap hari. 1 kapsul 60sen, 2 kali sehari sebagai gaya hidup sihat bebas kanser. Kekalkan Diet B17 sebagai regim anti kanser untuk anda sekeluarga. Mencegah lebih baik dari merawat.

Ingin dapatkan produk pencegahan kanser dan penawar kanser Vitamin B17?
Hubungi Call/SMS HOTLINE B17 016-733 7380 untuk info lanjut & pembelian. 
Kami sedia membantu, insyaAllah.





CALL/SMS  HOTLINE ANTI KANSER 016-733 7380 24 JAM

No comments:

Post a Comment