Sunday, March 11, 2012

Apakah Faktor-Faktor Risiko kanser Pangkal Rahim



FAKTOR-FAKTOR RISIKO MENGHIDAP KANSER PANGKAL RAHIM 



Seperti yang dinyatakan di dalam bab yang lepas, punca terjadinya kanser pangkal rahim adalah jangkitan virus HPV dan jangkitan virus ini diperolehi melalui hubungan kelamin. Di samping jangkitan virus HPV, faktor-faktor lain turut mempengaruhi terjadinya  kanser pangkal rahim yakni sistem imunisasi (pertahanan badan) yang rendah dan juga faktor genetik.
Apakah faktor-faktor risiko terjadinya  kanser  pangkal rahim? Di antara faktor-faktor yang menjadikan seseorang wanita itu boleh menghidap  kanser pangkal rahim adalah: 
  1. Hubungan sek pada usia muda
  2. Jangkitan virus HPV berisiko tinggi
  3. Merokok
  4. Wanita dari golongan susah ataupun miskin.
  5. Keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi rendah seperti penyakit AIDs, pesakit yang menjalanipemindahan buah pinggang dan lain-lain.
  6. Wanita yang mempunyai pasangan sek yang ramai.
  7. Wanita-wanita yang tidak menjalani ujian pap smear bolehdikategorikan  sebagai golongan yang berisiko mengidap  kanser pangkal rahim sebab kajian telah menunjukkan bahawaujian pap smear boleh mencegah  kanser pangkal rahim.

No comments:

Post a Comment