Sunday, March 11, 2012

Pencegahan Kanser Pangkal Rahim



Pencegahan
Apa sahaja yang dapat meningkatkan risiko kanser serviks dipanggil faktor risiko. Pencegahan boleh dijalankan dengan mengubahsuai faktor risiko. Kebanyakkan faktor-faktor risiko ini boleh diubahsuai walaupun bukan semuanya boleh dielakkan.
  • Amalkan cara hidup yang lebih sihat
  • Berhenti merokok
  • Amalkan pemakanan yang sihat
  • Amalkan hubungan seks yang sihat
  • Segera berjumpa doktor sekiranya anda mengalami sebarang pendarahan faraj yang tidak normal.
  • Jalanilah ujian saringan secara kerap
  • Ujian saringan untuk  kanser  pangkal rahim, merangkumi pemeriksaan pelvis dan juga ujian PAP smear yang membolehkan  kanser  dikesan di peringkat awal. Rawatan boleh diberikan sebelum pertumbuhan  kanser  tersebut. Ini telah terbukti dapat mengurangkan perebakan  kanser  sebanyak 90 %.

No comments:

Post a Comment