Sunday, March 11, 2012

Simptom Kanser Pangkal Rahim (Servik)



SIMPTOM KANSER SERVIKS
  1. Pendarahan yang tidak normal – Perempuan yang dijangkiti kanser serviks mungkin mengalami pendarahan vagina yang tidak normal. Ia boleh terjadi dalam kuantiti yang sedikit atau banyak. Pendarahan ini bukanlah kitaran haid biasa. Ia juga boleh berlaku secara berpanjangan.
  2. Keluar cairan yang banyak dan tidak normal – Pertambahan pengeluaran discaj yang berbau, cair, banyak, tebal atau yang mengandungi mucus atau berdarah. Ianya berbeza bagi setiap perempuan. Sebarang ketidaknormalan discaj perlu dirujuk kepada doktor.
  3. Sakit pada tulang pelvik- Sakit yang tidak ada kaitan dengan kitaran haid. Ramai wanita yang mengalaminya sama ada sedikit atau sakit yang tajam yang boleh berlanjutan beberapa jam.
  4. Sakit ketika pembuangan air kecil – Selalunya ia terjadi apabila  kanser sudah mula merebak ke pundi kencing.
  5. Pendarahan antara kitaran haid yang normal, selepas perhubungan seks, ‘douching’ atau selepas ujian pelvik. – Terjadi kerana adanya jangkitan pada serviks semasa aktiviti ini dilakukan.
    * Ujian pelvik – ujian terhadap vagina, serviks dan uterus (rahim) yang dilakukan oleh doktor yang bertauliah. Wanita yang digalakkan membuat ujian ini adalah mereka yang berusia 21 tahun ke atas atau dalam masa setahun selepas melakukan hubungan kelamin pertama.
  6. Terdapat darah beku yang dikesan
  7. Sakit ketika melakukan hubungan kelamin
  8. Juga berlaku pendarahan dari vagina selepas putus haid

No comments:

Post a Comment