TANDA-TANDA KANSER PANGKAL RAHIM
Berbanding dengan kanser organ reproduktif wanita yang lain, wanita yang menghidap
kanser pangkal rahim sering dapat mengesan penyakit mereka pada peringkat awal. Ini disebabkan pangkal rahim terletak di dalam faraj/vagina yang apabila berlaku penyakit
kanser , perdarahan yang berlaku boleh dikesan hampir serta merta. Di kebanyakan negara-negara maju, hampir 75% daripada wanita-wanita yang dikesan menghidap penyakit
kanser pangkal rahim dapat dikesan pada peringkat awal. Walau bagaimanapun , di negara kita peratusan ini adalah lebih rendah disebabkan oleh sikap dan pengetahuan masyarakat kita yang masih rendah. Apa yang paling penting adalah, wanita-wanita tersebut perlu segera mendapatkan pemeriksaan lanjut dari Pakar Sakitpuan jika sekiranya terdapat tanda-tanda yang mungkin berkaitan dengan
kanser pangkal rahim.
Kebanyakan wanita yang menghidap
kanser pangkal rahim mengalami salah satu ataupun kombinasi gejala-gejala berikut:
- Perdarahan selepas hubungan sek (“postcoital bleeding“)
- Keluar lendir berdarah dari kemaluan.
- Perdarahan di pertengahan kitaran haid.
- Perdarahan dari kemaluan setelah disahkan putus haid.
- Hilang selera makan
- Turun berat badan yang mendadak
No comments:
Post a Comment