Thursday, May 31, 2012

Sihat dengan Ulam Tempatan!!!




Menikmati hidangan nasi panas tidak lengkap tanpa kehadiran ulam-ulaman yang tidak boleh di cicah sambal belacan, sambal tempoyak, budu atau cencaluk. Ulam bukan sahaja enak tetapi terkandung khasiat yang bermanfaat kepada tubuh manusia.



Gajus
Rasanya yang masam menjadikan ulam ini sangat istimewa. Pucuk gajus dipercayai boleh mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah. Daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur dan penyakit kulit yang lain.



Peria pantai
Mengandungi saponin. Ia juga dikatakan dapat menstabilkan tekanan darah selain dari membantu mengawal diabetis. Selain dari kegunaan perubatan ia juga digunakan sebagai sabun kerana keupayaan daunnya menghasilkan buih jika diramas dalam air.



Timun
Masyarakat Cina memakan timun untuk menyingkirkan bahan toksin dari badan, selain membantu mengatasi masalah sakit tekak, gatal kerongkong, batuk, merendahkan tekanan darah, menambah selera makan serta kecantikan kulit wajah.



Lemuni
Akarnya boleh direbus dan diminum bagi perempuan lepas bersalin. Ia juga boleh digunakan untuk merawat luka terbakar dengan cara memanaskan daunnya di dalam periuk yang panas tanpa dicampurkan air. Daun yang panas ini kemudiannya dilekap pada luka tadi. Daunnya juga boleh digunakan untuk merawat penyakit beri-beri, rheumatic dan cirit-birit dan juga boleh digunakan sebagai antiseptic. Di Malaysia daunnya yang telah ditumbuk bersama bawang putih, lada hitam, kunyit, dan nasi, kemudian di gentel kecik digunakan selalunya untuk merawat sakit kepala, mata berair dan juga untuk menggelakkan pertumbuhan janggut. Ia juga digunakan untuk merawat kanser payudara. Selain itu, daunnya boleh boleh dijadikan bantal untuk mengubat sakit kepala selain daunnya juga dijadikan ulam dan bahan campuran ketika memasak nasi. Daunnya juga dapat membunuh jentik-jentik dan boleh digunakan sebagai ubat nyamuk ( Aedes).



Jering
Walaupun berbau kuat, jering mempunyai khasiat perubatan yang tinggi. Ia kaya dengan protein, karbohidrat dan serat yang dipercayai membantu mengubati penyakit kencing manis.



Ulam raja
Mengandungi protein, lemak, karbohidrat, kaya dengan laksium dan vitamin A. Khasiatnya dikatakan dapat mencuci darah daripada toksik dan menguatkan tulang. Kloroform yang diekstrak daripada daun ulam raja mengandungi bahan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus.



Petai
Mempunyai bau yang kuat dan boleh dimakan mentah atau dimasak bersama sambal tumis. Sebenarnya pucuk petai juga boleh dikatakan baik untuk membantu mengawal penyakit kencing manis dan  tekanan darah tinggi.



Pudina
Di barat, ia digunakan sebagai penawar batuk dan teh untuk kegunaan harian. Boleh mengubat penyakit berkaitan paru-paru seperti selesema, membuang angin, ruam kulit selain digunakan untuk mengurangkan tekanan.



Daun selom
Boleh sebagai ulam kerana baunya yang wangi dan kerangupannya. Ia biasa dijumpai tumbuh liar di kawasan yang agak berair terutamanya di kawasa lereng bukit yang berpaya. Berfungsi untuk membersihkan darah dengan mencuci toksik di dalam badan.



Pucuk kaduk
Biasanya lebih kerap dijadikan bahan perasa masakan tetapi ramai yang tidak mengetahui ia juga boleh dimakan mentah. Ulam ini mempunyai khasiat untuk membantu menguatkan tulang, melegakan batuk, selesema dan sengal sendi.



Terung asam
Biasa digunakan sebagai perencah masakan, sama ada dicampurkan dalam masakan kari, sayur atau dicampurkan ke dalam air asam untuk ikan bakar. Dalam perubatan tradisional Melayu buah terung asam dikatakan dapat mengubat cacing kerawit.



Temu lawak
Dalam perubatan herba temu lawak bantak digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit seperti reumatik, kesakitan pada otot demam (anti-pyretic), masalah hati, demam kuning, penyakit batu karang, penyakit kulit, menghilangkan kekejangan, buasir, masalah kerengsaan pada rectum, najis berdarah, masalah sembelit, batuk dan demam pada kanak-kanak, gastric ,kencing manis, masalah keputihan dan jangkitan kulat seperti candida albican pada vagina. Selain itu ia juga dikatakan dapat menjadi ubat pada kanser pangkal rahim dan mengembalikan kecergasan tubuh badan. Jangan sesekali menggunakan tumbuhan ini ketika hamil kerana ia boleh menyebabkan kontraksi rahim dan boleh membawa kepada keguguran janin di peringkat awal kehamilan.



Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/

Maksimumkan Khasiat Buah-buahan!!!




Buah-buahan adalah sumber makanan yang baik untuk amalan gaya hidup sihat. Namun adalah lebih elok jika nutrisi dalam buah ini diketahui agar anda dapat memanfaatkannya secara maksimum. Perhatikan khasiat yang ada dalam buah-buahan berikut :-




Tembikai
Buah yang tinggi dengan kandungan air ini memiliki kandungan gula yang sangat tinggi. Buah tembikai atau Citrullus lanatus merupakan buah dari tanaman yang menjalar yang memiliki indeks glikemik sebesar 65.





Melon
Buah melon sama seperti buah tembikai, melon atau Cucumis melo ini juga memiliki indeks glikemik yang tinggi. Sebaiknya, ambil buah ini dalam jumlah yang sederhana bagi menghindarkan risiko diabetis.




Nanas
Meski pun nanas ( Ananas comosus) memiliki kandungan gula yang sangat tinggi, namun buah ini juga mengandungi nutrisi penting lain seperti bromelain, iaitu sejenis enzim yang terbukti mengurangi peradangan dan pembengkakan. Jadi, sesekali makanlah buah ini.




Mangga
Selain memiliki kandungan gula yang banyak ketika buah masak ranum, mangga atau mangifera indicha juga mengandungi asam. Asam merupakan pemicu yang berkesan terhadap kerosakan gigi. Mangga muda terbukti mengandungi kandungan asam seperti yang terdapat pada buah limau.




Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/

Wanita cenderung alami jangkitan saluran urinari




Saluran urinary atau saluran kencing adalah sistem yang menghasilkan air kecing dan mengeluarkannya daripada tubuh. Ia termasuklan pundi, buah pinggang, dan saluran yang menghubungkannya.


Namun apabila kuman masuk ke dalam sistem ini, ia boleh menyebabkan jangkitan. Terdapat pelbagai nama berbeza bergantung kepada bahagian saluran urinary jangkitan itu berlaku.

Pundi
Jangkitan pada pundi juga dikenali sebagai cystitis atau jangkitan pundi.

Buah pinggang
Jangkitan pada satu atau kedua-dua buah pinggang dikenali sebagai pyelonephritis atau jangkitan buah pinggang.

Ureter
Saluran yang membawa air kencing daripada setiapp buah pinggang kepada pundi adalah kawasan yang jarang mendapat jangkitan.

Urethra
Jangkitan pada saluran yang mengosongkan air kencing daripada pundi keluar dikenali sebagai urethritis. Kebanyakan jangkitan saluran urinary adalah jangkitan pundi. Ia biasanya tidak serius jika ia dirawat secepat mungkin. Jika anda tidak mengambil berat tentang jangkitan ini, ia boleh merebak ke buah pinggang. Jangkitan buah pinggang adalah serius dan boleh menyebabkan kerosakan kekal.


Penyebab jangkitan
Biasanya, kuman akan memasuki sistem melalui urethra, saluran yang membawa air kencing daripada pundi ke luar tubuh. Ia menyebabkan jangkitan ini hidup di luar usus dan ditemui dalam najis. Jika kuman ini dapat masuk ke dalam urethra, ia boleh bergerak sehingga ke dalam pundi dan buah pinggang dan menyebabkan jangkitan.

Wanita cenderung untuk mengalami jangkitan pundi dibandingkan dengan lelaki. Keadaan ini mungkin disebabkan wanita memiliki urethra pendek. Oleh itu kuman lebih mudah untuk memasuki pundi. Melakukan hubungan seksual boleh memudahkan kuman untuk memasuki urethra.

Jangkitan juga boleh terjadi jika tidak minum air secukupnya, sekiranya anda menghidap diabetis, atau hamil. Peluang untuk mendapat jangkitan pundi adalah tinggi jika anda memiliki sebarang masalah untuk menghalang aliran air kencing daripada pundi.


Golongan berisiko
Air kencing terjadi daripada ginjal atau buah pinggang dan mengalir turun ke pundi kencing. Bila pundi kencing penuh ia akan mengalir keluar melalui urethra (saluran yang paling bawah). Jadi apa-apa yang menghalang pengaliran air kencing dengan lancar, maka senanglah kuman E. Coli melawan arus air kencing dan bergerak ke bahagian atas saluran kencing. Ini akan mendedahkan seseorang itu kepada jangkitan kuman di saluran air kencing.

Punca yang membuatkan pengaliran air kencing tidak lancar adalah seperti batu karang, bengkak prostat (protate) dan lubang kencing yang sempit (urethra stricture). Tidak kurang juga yang selali menahan kencing dan yang kurang minum air.


Gejala-gejala

  • Rasa sakit atau panas terbakar apabila kencing.
  • Rasa untuk kencing dengan kerap, tetapi air kencing tidak mahu keluar.
  • Perut rasa sakit apabila disentuh atau berat.
  • Kencing berbau busuk atau pekat.
  • Sakit pada salah satu bahagian belakang di bawah rusuk. Di sini terletaknya buah pinggang anda.
  • Demam dan rasa sejuk.
  • Loya dan muntah-muntah.




Rawatan

Biasanya antibiotic yang diberikan oleh doktor mampu menyembuhkan jangkitan pundi. Adalah amat membantu jika anda meminum banyak air dan cecair lain agar dapat kerap kencing sekali gus mengosongkan pundi.

Jika doktor member antibiotic, ambil seperti yang disarankan. Jangan berhenti mengambilnya hanya kerana anda sudah rasa baik. Anda perlu menghabiskannya agar tidak mengalami jangkitan berulang.



Pencegahan

  1. Minum air dengan banyak setiap hari.
  2. Kerap kencing. Jangan cuba untuk menahannya.
  3. Jika anda seorang wanita, kencinglaj selepas melakukan hubungan seksual.
  4. Sentiasa bersihkan dan keringkan bahagian kemaluan anda.
  5. Bersihkan dubur dan bahagian kemaluan dari depan ke belakang setiap kali selepas anda kencing.
  6. Tukar tampon dan tuala wanita dengan kerap semasa datang haid.
  7. Jangan gunakan seluar dalam jenis nilon.
  8. Jangan gunakan semburan kebersihan wanita atau ‘douche’ kerana produk ini boleh merengsakan urethra. 






Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com/

Wednesday, May 16, 2012

Tuala Wanita Punca Kanser Pangkal Rahim



Assalamualaikum Semua....

بسم Ø§Ù„له Ø§Ù„رحمن Ø§Ù„رحيم


Saya hanya ingin berkongsi dengan anda semua berkenan kanser serviks (barah pangkal rahim) yang seperti kita semua tahu ianya sekarang menjadi ancaman no-2 wanita Malaysia selepas kanser payudara (breast cancer).





Keratan berita diatas ini menimbulkan kerisauan yang bukan sedikit kepada semua kaum yang bergelar wanita. Kementerian Kesihatan diminta untuk cepat-cepat membuat penyelidikan ke atas produk tuala wanita yang sememangnya adalah keperluan setiap bulan  bermulanya usia akil baligh hinggalah ke peringkat menopaus.
Isu ini kelihatannya seperti baru dibangkitkan walaupun  sebenarnya persatuan  pengguna telah menimbulkan isu yang sama pada tahun 2002. Persoalannya kenapa tidak ada sebarang tindakan yang diambil sepangjang tempoh selama sepuluh tahun ini.
Keadaan ini adalah sangat membimbangkan kerana kes yang dirujukan di hospital kerajaan 10.5% dari kematian wanita yang menghidap kanser adalah disebabkan kanser ini. Seperti yang kita ketahui kanser serviks ini tidak pula kedengaran pada suatu ketika dahulu tapi kini menjadi ancaman kepada wanita,mengapa?Jawapannya adalah kerana Tuala Wanita yang ada dipasaran.

Tuala wanita yang ada dipasaran diperbuat daripada serbuk kayu pulpa yang dilembutkan dan kemudian diputihkan melalui proses pelunturan dengan bahan peluntutr berklorin yang menghasilkan bahan kimia dikenali sebagai Dioksin. Apabila telah lembut, lapisan inilah yang dijadikan tuala wanita pakai buang yang telah digunakan oleh wanita diseluruh dunia pada tahun 1970. Darah haid yang mengalir keluar akan memasuki tuala wanita melalui permukaan jaringan atau kain bukan kapas. Jika permukaan tuala wanita tersebut berlubang, maka gas toksik yang dibebaskan akan berhubung terus dengan kulit dan akhirnya menyebabkan jangkitan. Darah haid mengalir dari uterus dan diserap oleh tuala wanita. Sejenis gas bertoksik dinamakan Dioksin akan terbebas melalui proses pemeluapan. Dioksin akan diserap ke dalam rahim melalui saluran uterus dan akhirnya sampai di Ovary melalui tuip filopian. Ini tidak berlaku jika permukaan tuala wanita bertukar menggunakan kain kapas semulajadi, ia akan menyerap segala gas bertoksik dan mengelakkan daripada jangkitan, alahan, gatal, atau ruam.

Jika kita kaji dan membuat perbandingan, wanita pada zaman dulu tidak menghidap penyakit kanser pangkal rahim kerana tidak menggunakan tuala wanita, justeru dakwaan itu memang nampak ada asasnya.

Sebab itu kita minta kementerian membuat kajian dan mengumumkan sama ada dakwaan dibuat persatuaan pengguna terbabit betul atau sebaliknya supaya orang ramai terutama di kawsan luar Bandar tidak terus keliru.

Thursday, May 10, 2012

Rokok Punca Kanser





Merokok menyebabkan beberapa penyakit dan dikaitkan dengan risiko kanser payudara yang lebih tinggi dalam wanita, dan masalah menopaus yang muda (premenopausal). Penyelidikan juga telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara pendedahan asap kepada bukan perokok yang sangat berat dan risiko  kanser  payudara dalam wanita putus haid.
Merokok juga boleh meningkatkan komplikasi daripada rawatan  kanser  payudara, termasuk:
  • kerosakan pada paru-paru daripada terapi radiasi
  • kesukaran penyembuhan selepas pembedahan dan pembinaan semula payudara
  • risiko yang lebih tinggi darah beku apabila mengambil ubat-ubatan terapi hormon

Langkah-langkah yang anda boleh mengambil

Jika anda tidak merokok, tidak bermakna tiada risiko kerana di persekitaran memang ramai yang merokok. Malang, kan?

Jika anda merokok, gunakanlah segala sumber yang anda ada untuk membantu anda berhenti merokok. Mengetahui tentang semua masalah yang berkaitan dengan merokok tidak cukup kuat untuk membuat anda berhenti. Merokok adalah satu tabiat yang sangat sukar untuk memecahkan. Mujurlah, jika anda serius untuk mencuba, anda mempunyai banyak sumber di Malaysia untuk membantu:

  • Kementerian Kesihatan Malaysia menawarkan program berhenti merokok percuma dalam talian.  Anda juga boleh hubungi INFOLINE  Berhenti Merokok pada             +603-8883 4400      , untuk mendapatkan sokongan dan nasihat percuma mengenai bagaimana untuk berhenti merokok daripada kaunselor terlatih.
  • Ubat-ubatan untuk membantu anda berhenti boleh diambil sebagai pil, dikunyah seperti gula-gula getah, atau yang dipakai sebagai tampalan pada kulit. Tanya doktor anda jika salah satu mungkin sesuai untuk anda.
  • Akupunktur dan meditasi boleh membantu meringankan ketagihan rokok.
  • Ia juga mudah jika anda mempunyai rakan yang juga berhenti atau yang boleh menceriakan anda apabila anda berasa anda tidak boleh membuat anda sendiri.




Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com

Vitamin B17 adalah rawatan alternatif terbaik





Vitamin B17 adalah rawatan alternatif terbaik !

Vit B17 adalah penyelesaian kepada kanser !

Vitamin B17 juga dikenali sebagai Amygdalin atau Laetrile, dijumpai dalam biji benih Aprikot mentah terpilih dan banyak biji benih buah-buahan mentah yang lain dan, diketahui telah membantu berjuta pesakit kanser di seluruh dunia!

Ya, Vitamin B17 digunakan untuk mengubati kanser
 ! 




Vitamin B17 adalah sebahagian besar dari Rawatan Alternatif Semulajadi untuk Penyembuhan juga Pencegahan Kanser!

Vitamin B17 adalah subjek kontroversi besar lebih 50 tahun yang lalu apabila beberapa saintis terbaik dunia mendakwa bahawa apabila dimakan, komponen benih menjadikan ia 100% mustahil untuk sel  kanser  membiak dan juga akan membunuh  kanser  yang sedia ada dalam kebanyakan kes.
Syarikat-syarikat farmaseutikal menerkam pada tuntutan ini mengenai Vitamin B17 dengan serta-merta dan menuntut bahawa menjalankan kajian FDA mengenai Vitamin B17. Hasil kajian ini Vitamin B17 adalah dijumpai dalam buku yang dikenali sebagai Dunia Tanpa  kanser  : Story of Vitamin B17 oleh G. Edward Griffin atau anda mungkin boleh mendapatkan salinan dari perpustakaan.

Biji aprikot yang didakwa sebagai ubat untuk semua jenis kanser lebih 50 tahun yang lalu disorok keberkesanannya kerana kepentingan politik dan dunia farmaseutikal. 

Menurut Dr Krebbs bahawa apabila seseorang memakan 7 biji benih Aprikot setiap hari mereka tidak boleh menghidap  kanser  , kes yang sama seperti seseorang tidak boleh mendapatkan skurvi jika mereka makan oren setiap hari, atau pellagra jika mereka mempunyai beberapa vitamin B setiap hari. Amalan yang baik untuk semua peringkat umur juga pelbagai penyakit lain.




Vitamin B17 Dan Kanser








Kajian telah menunjukkan bahawa Vitamin B17 membantu untuk meningkatkan keupayaan badan untuk melawan kanser
 Vitamin B17  melakukan ini melalui penciptaan hidrogensianida, yang dilepaskan ke dalam tisu badan.  
Kompaun ini kemudiannya menyerang dan seterusnya memusnahkan sel-sel 
 kanser . Ia tidak digunakan secara bersendirian. Tetapi bersama-sama dengan proses-proses lain yang penting yang melibatkan enzim, diet yang nikmat makanan dan menjalankan anti-karsinogen. 
Ujian klinikal telah menunjukkan bahawa 
 Vitamin B17  dan bertindak balas dengan Vitamin A, C, E, B15, enzim pankreas dan nutrien yang lain dalam usaha untuk memecahkan sel-sel malignan.

Jika tiada B17 dalam diet pemakanan anda boleh di hidapi penyakit  kanser . Selain dari B17 Apricot Kernels juga boleh di perolehi dari badam pahit (amigdalin mempunyai rasa pahit - badam manis tidak mengandungi B17 ), epal pips, benih-benih anggur, sekuang, buah beri, ubi kayu, biji buah oren dan biji benih yang lain.
Terdapat banyak cara yang anda boleh gunakan untuk melawan  kanser . Salah satu ialah dengan cara membina sistem imun supaya ia menjadi sangat kuat dan dapat melindungi anda dari  kanser . Satu lagi adalah menggunakan supplement with antioxidants yang dapat melawan carcinogens dalam badan anda. Bagaimanapun, B17 menggunakan cara yang sangat unik. Yaitu secara langsung menyerang sel  kanser ( directly attacks cancer cells). Maka hasilnya jauh lebih baik dari cara yang telah saya sebut di atas
Kajian tentang Amigdalin yang pertama telah di keluarkan dikeluarkan seratus tahun dahulu. Telah disenaraikan dalam kamus-kamus farmakologi sejak dahulu lagi merupakan bahan yang tidak mengandungi toksik. Walau bagaimanapun dalam sebatian B17 terdapat satu unsur kimia yang dinamakan “cyanide”.ia adalah lengai secara kimia dan tidak berbahaya untuk normal tisu hidup. 
Pekara yang sama juga dapat kita lihat dalam garam biasa. Garam sebenarnya terdapat dua unsur kimia didalamnya tetapi tidak bertindak balas dalam badan manusia, bahkan sangat diperlukan dalam badan manusia. Dua unsur kimia yang ada dalam garam adalah natrium dan klorida, maka sebab itu garam dalam istilah kimia disebut Natrium Klorida. Sebenarnya dalam garam ada satu sebatian kimia yang berbahaya “klorin”. Sudah tentu jika anda makan juga banyak garam pada satu masa anda akan sakit.



Pekara yang sama juga berlaku dalam apricot, Makan jangan berlebihan ikut peraturan yang telah di berikan. Bagaimanapun, amigdalin adalah kurang toksik daripada garam, dan jauh lebih selamat dari gula yang anda makan setiap hari. Kita sedia maklum bahawa badan kita sentiasa mencipta sel  kanser setiap masa. Biasanya sistem imun dapat membunuh sel  kanser tersebut. Bagaimanapun pada saat anda berada dalam keadaan “stress” atau tubuh badan anda berada dalam kondisi yang sangat lemah dan sering terdedah dalam persekitaran karsinogen. Keadaan ini akan membuat sel  kanser menjadi sangat kuat sehingga tidak mampu untuk dimusnahkan oleh sistem imun.
B17 dari Apricot seed akan bekerjasama dengan sistem imun dan membunuh sel-sel  kanser secara langsung. Untuk pengetahuan anda pada Sel-sel  kanser terdapat satu enzim yang dapat membuka “ikatan kimia” yang terpadu dalam B17 Apricot Seed yaitu cyanide. Maka cyanide akan di bebaskan dari ikatan kimianya yang terdapat dalam B17.

Bila cyanide dibebaskan maka cyanide akan membunuh sel  kanser . Secara lumrahnya sel yang sihat tidak terdapat enzim ini. Maka sebab itulah B17 tidak akan bekerja pada sel yang sihat. B17 hanya bertindak balas pada sel yang tidak normal dalam badan manusia termasuklah sel  kanser , tumor, jerawat atau pun buasir.
Enzim yang terdapat dalam sel kenser dapat membuka kunci amigdalin maka terhasilah cyanide. Jika terdapat lebihan cyanide yang terhasil dari tindak balas metabolik badan yang ber kanser  dan cyanide tersebut memasuki aliran darah anda. Maka secara semulajadi akan dineutralkan oleh hati.
Hati (liver) berkerja dengan lebih kuat jika terdapat ada unsur toksin dalam badan anda. Sehingga anda dapat melihat kesan kerosakan hati akibat pembersihan toksin dalam badan. Tapi bukan kerosakan dari  kanser . Maka jika tubuh kita terlalu banyak toksin dan tidak di keluarkan dari badan, besar kemungkinan kita bakal mengidap  kanser hati pula.

Penyelidik-penyelidik di Imperial College London telah membuat ujikaji menggunakan cyanide untuk menghapuskan sel-sel  kanser , hasil kajian, mereka mendapati cyanide atau apa-apa toksin yang berada di dalam darah dengan cepatnya dineutralkan oleh hati.

Amygdalin kadangkala dirujuk sebagai  Vitamin B17  dan ditemui dalam nitriloside kaya dengan buah buahan dan tumbuh-tumbuhan. digunakan sebagai terapi utama, kecuali kepada mereka yang menjaga pemakanan yang baik, menjaga Ph tubuh dengan baik, tiada pencemaran toksin dalam badan. Telah digunakan untuk merawat penghidap-penghidap  kanser dalam beberapa klinik di seluruh dunia.

For prevention, however, Dr Ernst T Krebs Jr., the biochemist who first produced laetrile (concentrated amygdalin) in the 1950s, recommended that if a person would eat ten to twelve apricot kernels a day for life, then barring Chernobyl, he is likely to be cancer free. 
Pada permulaan ia abad ke-21 adalah dijangkakan bahawa satu dari lapan orang di UK akan mendapat  kanser payudara dan satu dari empat orang lelaki akan mendapat barah prostat. Jika termasuk  kanser yang berlainan jenis, dijangkakan tiada keluarga yang bebas dari penyakit  kanser .
Oleh itu cadangan memakan 1-2 biji Kapsul Biji Apricot setiap hari insyaallah seumur hidup anda terpelihara dari terkena penyakit  kanser . Ini merupakan berita baik bagi mereka yang tercari-cari alternatif penjagaan diri.

Pengambilan :
Untuk pencegahan boleh ambil 1 biji setiap pagi dalam keadaan perut kosong.  Boleh ambil lagi 1-2 biji jika ada pengambilan makanan bergoreng/manis.

Pesakit  kanser perlu ambil  Vitamin B17  dalam kandungan 1500mg-2500mg setiap hari.

Hubungi kami untuk info & pembelian. 016-733 7380


Infomasi ini saya petik dari : World Without Cancer by G. Edward Griffin (American Media, California, 1974 and 1997). For testimonies of cancer sufferers treated with laetrile and nutrition therapy read Alive and Well (American Media, California, 1994) by Philip E Binzel, Jr., M.D. and see ‘Vitamin B17 therapy - does it work?’ See also ‘’Cancer Prevention - A Change In Our Diet’.

POLITIK DAN KANSER



VITAMIN B-17 UNTUK PENYEMBUHAN KANSER


Enam Bilion orang di planet dan berkembang oleh berjuta-juta sebulan.
Kanser prostat telah meningkat sebanyak 200% ...


Kanser payudara sebanyak 64%, dan ...
Kanser kanak-kanak sebanyak 35%.
Bilangan diagnosis kanser baru dalam
Negara-negara Barat telah meningkat sebanyak 100% sejak tahun 1950!
Kanser kini telah melebihi penyakit jantung buat kali pertama sebagai pembunuh utama rakyat Amerika dan negara-negara maju lain, usia pesakit di bawah umur 85!
Kanser kini dijangka untuk menyerang 1 dalam 2 lelaki dan lebih daripada 1 dalam 3 wanita di seluruh dunia dalam seumur hidup mereka!


1 dalam 8 wanita akan menghadapi diagnosis kanser payudara dalam hidup mereka.


Dalam kaji selidik di kalangan negara-negara perindustrian (termasuk Amerika Syarikat, Eropah danJepun), walaupun bukan perokok, tetapi mempunyai risiko penyakit kanser 100% daripada pertumbuhan ini .
Purata hanya 3%   sahaja dari orang yang pernah didiagnosis dengan kanser HIDUP !
Ya, 3% sahaja...
97% Meninggal Dunia ! 
Dengan semua radiasi, kemoterapi, dadah, dan teknologi hanya 3%! Tetapi untuk beberapa bulan dan tahun-tahun anda membelanjakan berpuluh-puluh dan beratus-ratus ribu dolar setahun dalam merawat kanser ? 

Adakah anda jujur ​​percaya dengan kebijaksanaan di dunia tiada siapa yang dapat digambarkan bagaimana untuk mencegah dan merawat kanser yang lebih baik daripada hanya 3% ... Tetapi lagi ...
  • Kami telah mampu terbang lebih 100 tahun, dan kini orang yang purata boleh terbang dari pantai ke pantai pada kira-kira lima jam ...
  • Kami telah menghantar orang ke bulan lebih 50 tahun yang lalu ...
  • Seawal 20 tahun yang lalu, kami hampir boleh meletakkan jumlah yang hampir tidak terhad maklumat pada cip komputer saiz kepala pin ...
  • Bagi 10 tahun yang lalu, kita telah mampu untuk mempunyai orang hidup di atas kapal selam DI BAWAH AIR selama lebih dua tahun pada satu-satu masa ...
Mengapa kanser telah meningkat selama seratus tahun
walaupun kita telah dibelanjakan trilion jumlah wang
untuk mencari penawar?


Mengapa burung tidak boleh mendapatkan kanser?


Mengapa bahawa kumpulan orang-orang tertentu di dunia mempunyai tidak didiagnos dengan apa-apa bentuk kanser?


Ia apa yang mereka makan dan tidak makan - polos dan mudah!