Wednesday, May 16, 2012

Tuala Wanita Punca Kanser Pangkal Rahim



Assalamualaikum Semua....

بسم الله الرحمن الرحيم


Saya hanya ingin berkongsi dengan anda semua berkenan kanser serviks (barah pangkal rahim) yang seperti kita semua tahu ianya sekarang menjadi ancaman no-2 wanita Malaysia selepas kanser payudara (breast cancer).





Keratan berita diatas ini menimbulkan kerisauan yang bukan sedikit kepada semua kaum yang bergelar wanita. Kementerian Kesihatan diminta untuk cepat-cepat membuat penyelidikan ke atas produk tuala wanita yang sememangnya adalah keperluan setiap bulan  bermulanya usia akil baligh hinggalah ke peringkat menopaus.
Isu ini kelihatannya seperti baru dibangkitkan walaupun  sebenarnya persatuan  pengguna telah menimbulkan isu yang sama pada tahun 2002. Persoalannya kenapa tidak ada sebarang tindakan yang diambil sepangjang tempoh selama sepuluh tahun ini.
Keadaan ini adalah sangat membimbangkan kerana kes yang dirujukan di hospital kerajaan 10.5% dari kematian wanita yang menghidap kanser adalah disebabkan kanser ini. Seperti yang kita ketahui kanser serviks ini tidak pula kedengaran pada suatu ketika dahulu tapi kini menjadi ancaman kepada wanita,mengapa?Jawapannya adalah kerana Tuala Wanita yang ada dipasaran.

Tuala wanita yang ada dipasaran diperbuat daripada serbuk kayu pulpa yang dilembutkan dan kemudian diputihkan melalui proses pelunturan dengan bahan peluntutr berklorin yang menghasilkan bahan kimia dikenali sebagai Dioksin. Apabila telah lembut, lapisan inilah yang dijadikan tuala wanita pakai buang yang telah digunakan oleh wanita diseluruh dunia pada tahun 1970. Darah haid yang mengalir keluar akan memasuki tuala wanita melalui permukaan jaringan atau kain bukan kapas. Jika permukaan tuala wanita tersebut berlubang, maka gas toksik yang dibebaskan akan berhubung terus dengan kulit dan akhirnya menyebabkan jangkitan. Darah haid mengalir dari uterus dan diserap oleh tuala wanita. Sejenis gas bertoksik dinamakan Dioksin akan terbebas melalui proses pemeluapan. Dioksin akan diserap ke dalam rahim melalui saluran uterus dan akhirnya sampai di Ovary melalui tuip filopian. Ini tidak berlaku jika permukaan tuala wanita bertukar menggunakan kain kapas semulajadi, ia akan menyerap segala gas bertoksik dan mengelakkan daripada jangkitan, alahan, gatal, atau ruam.

Jika kita kaji dan membuat perbandingan, wanita pada zaman dulu tidak menghidap penyakit kanser pangkal rahim kerana tidak menggunakan tuala wanita, justeru dakwaan itu memang nampak ada asasnya.

Sebab itu kita minta kementerian membuat kajian dan mengumumkan sama ada dakwaan dibuat persatuaan pengguna terbabit betul atau sebaliknya supaya orang ramai terutama di kawsan luar Bandar tidak terus keliru.

No comments:

Post a Comment