Wednesday, May 9, 2012

Menu Sihat Dengan Barli



Khasiat dan kegunaan barli



Sejak dizaman purba lagi, barli telah digunakan untuk tujuan penyembuhan dan ianya juga telah diketahui lanjut di beberapa Negara seperti China, Mesir, Greece dan juga Rom. Alet-atlet di Greece dan Rom pada satu ketika dahalu, mereka mengamalkan makan roti barli untuk memberikan mereka tenaga.
Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie, ianya dikatakan bijirin yang pertama telah ditaman di timur tengah kira-kira 9,000 tahun yang lalu. Ia juga mungkin merupakan bijirin yang terawal dan juga yang paling penting ketika itu.
Bijirin barli ini sangat kaya dengan khasiat permakanan seperti fiber, vitamin dan juga mineral penting (vitamin B3), thiamine (vitamin B1), selenium, iron, magnesium,zink, phosphorus, copper dan niacin serta sedikit lemak dan ianya tidak mengandungi kolestrol seperti bijirin lain.

Isirong atau bijirin barli ianya boleh dijadikan tepung, emping dan juga bran. Batangnya pula boleh dijadikan kertas dan juga bahan pembinaan,manakala keseluruhan tamanan boleh dijadikan sebagai makanan haiwan ternakan.
Pokok barli tergolong dalam keluarga Gramineae dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di Negara-negara Barat. Barli ditanam daripda biji sehinggalah ianya menjadi pokok yang tingginya kira-kira satu meter.
Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat permakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian. Terdapat dua jenis serat permakanan iaitu mudah dilarutkan dan tidak mudah untuk dilarutkan . Barli mempunyai kedua-dua jenis serat ini dan merupakan sumber terbaik yang mudah dilarutkan.
Kajian klinikal di Australia, Kanada, dan juga Amerika Syarikat menunjukkan bahawa serat daripada barli berkesan bagi merendahkan paras kolestrol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah sangat penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan baik.
Beta-glucan adala bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati daripada isirong. Barli daripda variety “waxy” lebih tinggi kandungan beta-glucan berbanding dengan jenis barli yang lain. Tahap beta-glucan yang tinggi dalam variety barli ini dikatakan berperanan dalam meningkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah dikalangan pesakit diabetis di tahap 2. Tokotrienal dan tokoferol (tokol) merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semulajadi. Antioksida membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit yang berbahaya seperti kanser dan juga jantung.
Barli mengandungi tokol yang tinggi. Barli juga merupakan sumber yang baik bagi vitamin B dan sestengah galian. Kromium sebagai contohnya merupakan galian yang merangsang penyejatan glukosa dalam darah. Penyelidik di Englad, menyatakan bahawa barli mempunyai kromium yang tinggi dan ia juga merupakan sumber terbaik kromium. Bagi pesakit diabetis ia perlulah mengawal paras gula dalam darah dengan berhati-hati. Jika makan barli dalam jumlah yang signifikan atau dimakan sebagai makanan tambahan, hipoglisemia (gula dalam darah rendah) berkemungkinan boleh berlaku.

Tunas bijirin barli bertindak sebagai pelega, pengeluar kahak dan pelembut. Kadang kala ia juga bertindak sebagai bahan yang boleh menyebabkan keguguran. Dikatakan tunas barli boleh digunakan untuk merawat dispepia serta muntah dan kekembungan akibat meminum susu ibu. Sebaik-baiknya tunas bijirin barli ini tidak diberikan kepada ibu yang masih menyusukan bayi kerana ianya mungkin akan mengakibatkan pengurangan pengaliran air susu.
Bijirin barli pula bertindak sebagai penghadaman. Pelega dikatakan sesuai dimakan sebagai makanan berkhasiat atai dijadikan air barli (rebusan air barli dalam air). Biji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan juga akibat terbakar. Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan. Air rebusan bijirin barli pula dikatakan ianya mampu diambil sebagai penyejuk badan.
Selain bijirin barli, daun pokok barli yang seakan-akan lalang dan berwarna hijau itu juga dikatakan berkhasiat. Apabila daun ini mencapai ketinggian 12 hingga 14 inci, ianya sudah mengandungi banyak vitamin, mineral dan protein dan klorofil yanag diperlukan oleh manusia.


Jus Barli 



Malah ianya boleh dijadikan sebagai jus. Pengambilan jus ramuan daun barli yang berwarna hijau atau yang telah dikeringkan, ianya diambil dalam jangka masa dua jam selepas makan dalam 20 minit sebelum hidangan seterusnya dikatakan mampu membuatkan enzim-enzim digunakan dengan baik. Cara ini juga dapat membiarkan enzim diambil secara langsung dan juga sekali gus ia masuk ke dalam saluran darah di mana ianya digunakan bagi memperbaiki dan menyembuhkan tubuh. Jus yang dihasilkan daripada daun barli juga dikatakan mampu merendahkan paras kolesterol dalam darah. Bahan kimia dalam daun ini dikatakan mampu melambatkan penghasilan kerosakan saluran darah yang disebabkan oleh diabetis. Jus barli hijau ini dikatakan mengandungi 11 kali kalsium daripada susu lembu, hampir 5 kali zat besi yang ade dalam bayam, 7 kali vitamin C dalam oren dan 80 mg vitamin B 12 daripada 100 gram barli.


Khasiat Barli :


  1. Membantu menyejukkan badan.
  2. Membantu untuk melawaskan kencing.
  3. Menbantu melancarkan kencing.
  4. Mengurangkan risiko kencing manis.
  5. Menurunkan kadar gula dalam darah.
  6. Mencegah kanser.
  7. Mencegah dan mengurangkan risiko sembelit.
  8. Memelihara buah pinggang.
  9. mengelak penyakit jantung.
  10. Melancarkan sistem pencernaan.
  11. Menghalang pembentukan batu karang.
  12. Melegakan lelah dan arthritis.





Sumber Petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com

No comments:

Post a Comment