Wednesday, May 9, 2012

Menu Sihat Dengan Khasiat Buah Anggur



Khasiat dan kelebihan buah anggur



Khasiat buah-buahan mengandungi serat, air dan juga nutrisi yang tinggi sehinggakan mampu membuatkan perut kita menjadi kenyang. Tidak hairanlah mengapa pakar permakanan menyarankan kita semua mengamalkan makan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian kita.
Antara buah yang mengandungi kadar antioksida yang tinggi ialah buah anggur. Menurut kajian setiap makanan yang kita ambil perlu seiring dengan buah yang mempunyai agen antioksida untuk mengelakkan makanan tidak hadam. Ia juga dapat meneutralkan radikal bebas yang dirangsang terhadap tubuh manusia seperti merokok atau pencemaran udara.
Selain itu,khasiat buah anggur juga dapat mencegah kerosakan mata. Buah anggur ini juga mengandungi lutein dan zeaxanthine. Kandungan zat ini dapat dipercayai dapat mengurangkan risiko kerosakan pengelihatan.Lutein merupakan salah satu jenis karotenoid.
Hasil daripada pakar penyelidikan juga telah mengesahkan bahawa lensa mata manusia mengandungi sedikit lutein dan zeaxanthine.

Oleh sebab inilah kita disarankan untuk makan buah-buahan yang dipercayai mengandungi lutien yang terutamanya buah anggur. Tujuannya adalh untuk menjaga metabolis dalam lensa mata agar ianya tetap terang dan jernih.
Buah anggur ini juga bukan sahaja dari vitamin A, C, B6 dan juga folate yang baik. Tetapi ia juga mempunyai sumber mineral yang penting seperti potassium, calcium, iron, phosphorus, magnesium dan selenium. Semua vitamin tersebut sangat berguna untuk menjaga kesihatan tubuh kita.


Biji anggur juga sebenarnya mempunyai khasiat yang sangat baik. Kalau kita makan anggur jangan sekali2 di buang bijinya. Kunyah hancur dan telan. Kulit akan lebih cantik kerana ianya mengandungi vitamin E









KHASIAT MEMAKAN BUAH ANGGUR SEGAR
  • Mempunyai vitamin A,B,C,E dan K
  • Dapat menghilangkan bau mulut yang berbau
  • Mencairkan lendir dan kahak
  • Menghilangkan rasa lenguh dan letih
  • Menghilangkan perasaan marah/moody
  • Boleh menguningkan warna kulit
  • Menguatkan emosi (perasaan)
  • Mengubati penyakit batuk2
  • Menghilangkan rasa pedih atau sakit pada buah pinggang dan pundi kencing
  • Menguatkan usus dan melembutkan makanan supaya mudah hadam
  • Menguatkan hati dan jantung (memang terbukti)



  1. Kurangkan risiko serangan jantung. – Untuk pengetahuan anda, anggur mengandungi nitric oxide yang tinggi di mana ianya mengurangkan pembentukan gumpalan di dalam darah. Justeru ia akan mengurangkan berlakunya serangan jantung.
  2. Mengurangkan kolesterol tubuh – Anggur mengandungi bahan pterostilbene yang mempunyai kapasiti untuk mengurangkan kolesterol di dalam tubuh.
  3. Mengatasi masalah sembelit – Anggur juga mengandungi bahan organik asid, gula dan cellulose. Bahan-bahan ini akan membantu masalah penghadaman dan sembelit yang berlaku kepada pesakit.
  4. Buah pinggang yang sihat – Selain itu, anggur juga mengurangkan nilai keasidan pada uric acid di dalam tubuh. Ia juga membantu menyingkirkan asid-asid daripada sistem tubuh. Dan ini akan mengurangkan tekanan kerja kepada ginjal (buah pinggang).
  5. Kanser payu dara – Melalui kajian yang dijalankan ke atas tikus setelah mereka diberi makanan anggur, didapati anggur juga mengurangkan risiko penyakit kanser payu dara.
  6. Alzheimer  Resveratrol, sejenis polyphenol, didapati menurunkan beta amyloid di dalam pesakit alzheimer. Anggur juga pada hakikatnya  membantu kesihatan otak manusi.
  7. Mencegah jangkitan – Anggur mengandungi bahan antibakteria dan antivirus yang mampu mencegah jangkitan pelbagai jenis penyakit.
  8. Risiko kanser  Flavonoids yang terkandung di dalam anggur bertindak sebagai antioksidan yang melawan kanser. Anthocyanins and proanthocyanidins yang ada di dalam anggur juga bertindak mengurangkan risiko pertumbuhan kanser.





Sumber petikan daripada : http://infokanserpayudara.blogspot.com

No comments:

Post a Comment